02 December, 2009

KELUARGA BESAR KITA

Alahai…siapa lah saya nak tegur geng-geng artis yang lain terutama pada artis-artis yang baru. Saya pun sama-sama cari makan dalam bidang seni yang semakin hari semakin sempit mungkin kerana ekonomi yang semakin mendung ni.

Namun hidup masih perlu diteruskan. Industri kita kecil sahaja jadi tak salah tegur-menegur. Kalau saya silap, tegurlah. InsyaAllah saya terima kalau ia konstruktif!

Eh, kemana saya nak bawa cerita saya ni? Macam jauh pulak pusing-pusingnya. Sebenarnya, tulisan ini adalah cetusan daripada berita gossip di HIP, sisipan hiburan Berita Harian 2 Januari di ruangan Dengarnya…oleh Norma Becok.

Di petik, “Kisahnya mengenai seorang penyanyi baru berbakat disembur penyanyi senior kerana tak reti jaga mulut.” Dilaporkan artis baru ni tidak puashati apabila artis senior ini mendapat layanan kelas pertama berbanding artis-artis lain yang hadir ketika itu.

Ambillah cerita ini sebagai teladan ya. Bukan apa, anggaplah industri ini sebagai hidup dalam satu keluarga, Yang tua dihormati dan yang muda disayangi. Barulah rukun hidup sekeluarga.

Kalau adik yang jauh lebih muda nak menempelak abang atau akak semata-mata kerana tak puashati, kenalah ada caranya. Namun, suara orang lebih muda jangan kita tidakkan terus.

Kita kena dengar juga dan yang muda pun janganlah langgar batasnya. Jangan nanti kita lupa adab sehingga jadi biadab pula!

Saya juga bermula dengan bergelar ‘artis baru’ 19 tahun yang lalu. Saya pun mempunyai darah muda yang suka memberontak juga tapi tak pernah lah pulak hilang rasa hormat pada artis-artis yang senior.

Saya juga hormat dengan Pak Aziz Satar, Ibu Yusni Jaafar (Allahyarham), Kak Pah (Datuk Sharifah Aini), Kak Yan (Azean Irdawaty), dan ramai lagi. Bila berjumpa atau terserempak tak pernah pulak saya melengahkan masa untuk bersalaman dengan mereka. Tetapi saya sendiri sedih melihat telatah artis-artis muda sekarang yang mungkin tidak sengaja melanggar sahaja batang hidung dan bahu artis-artis senior ni.

Bukanlah minta dihormati tetapi memadailah bertegur sapa. Kan kita anak-beranak, adik beradik. Bila susah, sama-sama dan begitu jugak bila senang.Cuba kita mulakan satu resolusi baru dalam diri kita untuk mendekatkan lagi diri kita dengan persekitaran kita.

Jangan lah jadi enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Tak salah kita menyapa artis senior sebab memang menjadi tanggungjawab kita mengenali mereka. Yelah, mereka sudah lama dalam bidang seni, tak kan lah yang baru ni tak kenal.

Lainlah artis senior ni, mungkin mereka dah tak terkejar perkembangan dunia seni lebih-lebih lagi waktu kini dimana penyanyi, pelakon, pelawak dan pengacaranya muncul macam cendawan.

Kadang-kadang saya jadi sedih bila melihat ada di antara artis baru seperti dari band indi, artis program realiti, pelakon-pelakon muda yang duduk berkumpul sesama mereka, ketawa mengilai-ngilai tanpa menghormati artis veteran dan senior yang turut hadir.

Lebih sedih bila mereka seronok bercerita sehingga terlupa menghulurkan kerusi yang mereka duduk itu kepada artis veteran ini yang berdiri terkebil-kebil berdekatan mereka.

Nak dijadikan keadaan lebih teruk bila kata-kata dan bahasa bual serta gurau artis muda ini yang agak keras dan kurang manis diucapkan secara kuat sehingga artis lama ini tersipu-sipu dan menggeleng kepala mendengarnya.

Ada juga yang tidak pandai menukar lenggok bahasa bila bercakap dengan artis lama ni. Mereka langgar sahaja susila berbual dengan menegur artis senior ini dengan nama, macam kawan-kawan seusia dengan mereka! Janganlah macam tu dik.

Tak rugi kita beri hormat pada mereka dengan pangkal gelaran Abang atau Kakak atau Pak atau Mak atau Uncle atau Auntie. Ini dapat menjadikan hubungan lebih akrab dan terasa ikatan tu lebih kuat. Bayangkan jika kita beradab seperti itu dan pada ketika sesebuah majlis, diperhatikan oleh orang luar seperti artis dari Indonesia, golongan korporat dan peminat-peminat. Mungkin mereka kagum dengan ikatan kita.

Berbalik pada cerita artis muda yang digossipkan oleh Normah Becok tadi, harap dapat ambil iktibar ok. Pihak media pun pandang perkara ini sebagai perkara yang sepatutnya dielakkan.

Layanan istimewa kepada artis lama ni kadang-kadang bukan diminta pun tetapi pihak penganjur yang beriya menatang mereka kerana bagi mereka mungkin artis ini begitu istimewa atau sebagai tanda hormat. Seharusnya kita kena turut rasa bangga bila ada golongan luar yang memandang tinggi kepada golongan artis.

Seharusnya juga golongan artis muda ini jadikan perkara ini sebagai satu suntikan semangat kepada dirinya agar satu hari nanti turut ditatang sebegitu rupa. Janganlah anggap kejayaan pertama sebagaii artis sudah melayakkan diri ditatang bagai minyak.

Kita sama-samalah cermin pencapaian kita. Saya sendiri sebagai artis senior, kadang-kadang dan ada ketikanya tidak dilayan sehebat artis yang jauh lebih junior dari saya seperti Datuk Siti dan Mawi.

Kalau saya tidak cerminkan diri saya mungkin saya juga akan melenting apabila saya tidak dilayan seperti mereka tapi kita kena kenal diri kita. Kita kena tahu kedudukan kita. Kita kena pandang diri kita.

Perkara yang sama juga pernah saya lalui ketika saya membuat persembahan di Sabah pertengahan tahun lalu. Saya dijemput untuk membuat persembahan bukan bersama-sama artis yang lain. Undangan persembahan saya adalah secara berasingan daripada artis-artis yang lain.

Ketika itu ada beberapa artis baru yang turut diundang seperti Aizat AF5, Nubhan AF6, Izwan Pilus, Farah Waheedah dan ramai lagi.Pihak pengurusan saya telah memaklumkan bayaran, kemudahan hotel, pengangkutan dan makan bagi pihak saya terlebih awal.

Hasil daripada persetujuan awal, sememangnya penganjur telah bersetuju untuk menyediakannya. Setiba di sana tentunya saya diberikan layanan seperti yang dipersetujui. Lagipun pihak penganjur juga memang bersedia untuk memberikan layanan VIP kepada saya. Alhamdulillah…inilah rezeki namanya.

Dalam pada itu, tidak terlintas pula di kepala saya bila layanan ini rupanya tidak disenangi oleh beberapa artis yang lain. Mereka yang tidak tahu persetujuan awal antara saya dan penganjur ini, mula mempersoalkan layanan yang diberikan kepada saya.

Jika saya tidak terdengar rungutan mereka mungkin tidak menjadi masalah kepada saya. Malangnya, nak dijadikan cerita bila seorang artis baru ni dengan lantang menegur saya di depan ramai orang lain. “Oh…inilah artis yang dilayan macam Menteri tu!”

Entahlah…nak ketawa tapi tak kelakar. Nak telan tapi pahit kata-katanya tu. Buat ketika itu saya cuma tersenyum pahit namun ada juga rasa kesal dengan sikap artis baru ni. Tak sangka lidahnya dan ucapannya bertindak lebih laju dari akalnya. Memandangkan dia masih budak dan orang baru, saya lupakan saja cerita ini. Namun, artis itu masih perlu diberitahu kesilapannya agar pandai menyesuaikan gurauan, teguran dan percakapan mengikut hiraki umur dan senioriti.

Masa saya baru berkecimpung dalam bidang glamour ini dulu, saya ada jugak diberitahu oleh Kak Pah (Datuk Sharifah Aini) tentang pengalamannya apabila ada artis baru yang naik angin apabila Kak Pah dilayan seperti VIP.

Biarlah nama artis baru itu saya sendiri yang tahu. Akhirnya kini, artis itu terus hilang entah kemana. Alih-alih, rupanya cerita yang hampir sama berlaku pula pada diri saya. Tak apalah, sekurang-kurangnya saya lebih bersedia apabila pengalaman Kak Pah mengajar saya.

Saya selalu berpesan pada diri saya bahawa langit tidak selalu cerah, rumput tidak selalu hijau. Hidup umpama roda. Putaran roda kehidupan pasti berlaku. Panas yang disangka berpanjangan mungkin tidak akan sampai ke petang. Jadi siap sediakanlah payung sebelum hujan turun di tengahari!

Wassalam.

25 comments:

  1. Syabas Pak Nil. harap teguran ni boleh jadi pengajaran kepada semua dan juga yang ingin bergelar artis....adap sopan perlu d jaga agar diri d senangi ramai.

    ReplyDelete
  2. bukan saja artis yg kena mcm tuh. kami yg diluar nih pun mcm tuh gak.

    so... byk2 kan bersabo lak paknil..1 hari nti artis baru tuh akn terkena btg hdg dia sendiri.

    ReplyDelete
  3. salam paknil.

    saya pun tak tahu kenapa artis muda makin ramai pula seperti itu. saya rasa mereka ini kena pergi kelas belajar etika, supaya mereka ingat.kadang-kadang darah muda ini hanya ingat seronok dan pentingkan diri hingga lupa diri

    ReplyDelete
  4. biasala artis baru nak up..
    tp ada juga artis baru yg humble..
    pape pun pak nil..be strong! :)

    ReplyDelete
  5. salam paknil :)
    ana jarang melawat paknil
    hehee
    tapi kali nie na share opinion jugak .

    jgn kata artis sja ,
    dekat luar nie pon samaa .
    ana bwu 16twon ,
    tp ana tgok byk budak2 sebaya ana
    yg belagak hebat ,
    cakap ngn mak ayah sndri pon tade adab .
    kalaw marah2 bukan na ucap astaghfirullah
    ataw masya Allah ,
    yg klua dr mlut dowg mst ade babi, setan,
    dan mcm2 pktaan mencarut yg ana pon ta reti sebut :DD

    pak nil besabar jewp yaaa .
    kami yg sayang paknil nieh takan wat cm2 kt
    pak nil . janji :D

    ReplyDelete
  6. betul..betul bak kata upin dan ipin...sikap seseorang melambangkan bagaimana dirinya..oleh itu tuan2 dan puan2 ekk kite pinjam kata daydeck86 budi bahasa budaya kita...hee...


    paknil chantek ahh layout blog ni...i likee..hee

    ReplyDelete
  7. biasanya golongan yg begitu, golongan yg tak pernah puas hati dgn org lain... yg senantiasa suka mencari kesalahan org lain sedangkan diri sendiri langsung tak pernah bercermin terlebih dahulu... apapun Paknil... saya harap Paknil teruskan perjuangan Paknil yang Paknil perjuangkan selama ini... kerana ramai pun artis2 muda yg menjadi penganti takkan sama dengan artis yang terdahulu... walaupun bilangan ramai tak semestinya ramai itu berkualiti...

    ReplyDelete
  8. salam Uncle...

    manusia ni memang dijadikan mcm2 ragam kan? kadang2 kita tak tau langsung apa yg terselit kat riak wajah dan disebalik hati seseorang.

    apa2 pun, we cannot please everyone. bak selalu saya nasihatkan kwn saya, biarlah dia org dgn pandangan dia org.. kita tak dpt nak ubah. tp kita dpt layan mereka dgn baik kan? nescaya berkat tu bersama dgn uncle, dan mudahan mereka sedar akan bersikap buruk/biadap tu salah

    akhir kata, Uncle think positive and positive things will happens. daa... semoga sukses selalu Uncle...

    ReplyDelete
  9. Asslammualaikum,

    Kita jangan nak ambil contoh arti-artis sahaja. Manusia biasa yang bukan artis pun apa kurangnya. Saya ni bukanlah nak salahkan sesiapa dalam perkara ini sebab saya sendiri pun mungkin ada TERbuat perkara yang saya sendiri tidak sedarinya.

    Tak kira sama ada kita yang muda ke, yang tua ke, sifat bertolak ansur, sifat hormat menghormati dan sifat bertimbang rasa mesti kena ada dalam diri kita. Terutama sekali pada orang tua. Saya akui, kadang kala orang tua punya cakap ni macam kasar dan kita yang muda ni seperti tidak boleh terima, tetepi janganlah ketepikan sahaja macam itu cakap mereka. Tenangkan fikirkan dan fikir balik apa yang mereka cakapkan itu. Mungkin di ditu ada kebenaran pada kata-kata mereka, siapa tahu.

    Yang paling penting, kalau kita hendak diri kita orang hormati, cakap dengan bahasa yang baik dengan kita, JANGAN LUPA kita juga mesti buat yang sama pada orang. Barulah seimbang.

    -Sofiah Sulaiman (Singapura)-

    ReplyDelete
  10. budi bahasa amalan mulia.. tk berbudi bahasa tk mulia le...

    ReplyDelete
  11. itu le manusia pak nil...mmg sape le kita nk melentur mereka..selalu manusia tak pkr sebelum kuarkan kata2...dah terlepas baru terpkr...

    x pe pak nil kita tak miskin or kaya ngan kata2 mereka...

    semoga pak nil akan terus berjaya di dunia n di akhirat insyaallah!!

    ReplyDelete
  12. Salam
    saya setuju ngan Paknil!!
    akhlaq bebudak sekarang memang dah melampau
    tapi inilah cabaran buat kita..
    mungkin mereka tak tahu, mungkin merka kena tunjk ajr kot..
    Tapi appun hanya orang yg berani dn special like Uncle Nil yg berani nk kritik membina untuk umat muda skrg ni..
    Im proud of you
    Keep concerning!!
    at least kita wat sesuatu wlapun hanya sejemput cuma,
    Allah menilai bukan pada hasil tetapi usaha yang kita letakkan..
    salam kenalan(",

    ReplyDelete
  13. Salam Pak Nil. Lama dah tak tengok blog Pak Nil. Ada Blog baru kira okay gak. Dalam kesibukan saya masih sempat gak tengok Anugerah Skrin baru2 nih. Dan memang terserlah apa yg Pak Nil cakapkan ni. Tapi sebenarnya dari dulu saya memang tak berkenan tengok artis2 baru ni. Glamor tak mana pun tapi berlagak je lebih. Agaknya patut tak artis baru kita ni masuk kursus Morality sebelum disahkan jadi artis???
    P/S: Pak Nil dlm rancangan Macam2 Aznil episod baru ni..boleh tak lain kali jgn masuk slot Tangkap leleh tu...macam spoil la kegembiraan saya dlm rancangan tu...umpama kita tengah2 syok jalan dalam taman yang indah tetiba terjatuh masuk lubang...adussshhh ha cam tulah perasaannya.

    ReplyDelete
  14. Bnda-benda mcm ni bukan ditujukan pada artis saja. Yang bukan artis pon lebih kurang gak. Contoh kalau saya naik lrt(kisah benar). ada kakak ni mengandung (rasa mcm 7 bulan ke 8 bulan) pon tak dapat duduk. Yg duduk tu semua ada yg baca buku, purak purak tido, ada plak yg sister tu mnumpang baca buku bdk sebelah dia. ermmm adehh sakit nye atiii..dan bukan kali petama dpt tgk wayang percuma tu..bnyk kali.
    Macam macam org macam macam ragam.

    ReplyDelete
  15. salam pak nil,
    pada saya setiap orang ada hak untuk dihormati dan dihargai.. ingat tagline yang tua dihormati yang muda disayangi.. walaupun saya tidak pernah berhubung dengan para artis (kerana bidang kerja saya tidak terlibat dengan artis) tapi melalui rancangan-rancangan hiburan dapat la sedikit sebanyak kita menilai cara setiap individu yang digelar public figure ni.. tunjukkan contoh yang baik supaya semua lapisan masyarakat hormat.. kalau boleh label bebas, arak dan seksi harap dihapus kerana kebanyakan artis pun beragama Islam.. nasihat ini bukan untuk org lain tetapi untuk diri saya sendiri... anyway nice blog paknil..

    ReplyDelete
  16. dunia ni macam2 ragamnya kan pak nil..
    harap pak nil terus bersabar andai ada yg tak hormat kat pak nil..kalau nak diikutkan pon artis2 muda ni dah besar panjang gak kot..dah boleh fikir apa yg patot apa yg tak patot..tapi tu la..bila ditegur melenting tak ditegur menjadi2..

    ReplyDelete
  17. salam Pak Nil,
    biasalah tu dalam hidup lain org len ragamnyer.. as student Filem kat UITM pun benda ni bnyk terjadi..tp dlm konteks yg lbh kejam.junior berlagak n over drp senior x yah ckp..yg bangangnya senior sama senior pun ade sama2 sombonk gak. yg paling geram tgk yg gila kuasa..time tiba pe2 projek yg dianjurkan fakulti, dorang ni sumer ambik jawtan2 glamor ..yg low profile ni la yg jadi mangsa..jd kuli. ikut jerk itu ini..padahal dia lbh bagus kalau buat kerja berbnding kwnnyer yg gila kuasa tuh. Saya yg tengok pun naik simpati kdg2 ketawa jer bila group gila kuasa tuh x berjaya laksanakan tanggungjwb ngan baik. kat mana unversiti pun byk berlaku benda ni..bila kat luar esok2 ade la tuh balasan ntuk org yg hipokrit tuh kan.

    ReplyDelete
  18. hi pak nil,

    when u get those treatments or respects, that's because u earned it & u deserved it!
    dah menjadi lumrah hidup kan...what u give...u'll get back...what goes around...comes around ;)

    ReplyDelete
  19. Hadith Rasulullah:

    "Timbangan yang memberatkan ketika dimizan pada hari akhirat nanti tak ada yang lain melainkan 'akhlaq yang baik".

    moga kita sama2 berakhlaq mulia sambil menjaga adab2 sebagai seorang muslim.
    Infact, senyum pun merupakan bahgian dari akhlaq.
    I love people who's sincered smile.. rasa macam senang hati ja tengok.... daripada org yg belagak ntah apa2, pulak tu susah senyum.tengok pun tension!
    anyway, back to the basic-kalau akhlaq kita baik insyaAllah Allah mempermudahkan orang untuk senang dengan kita, Kalau kita suka tolong orang InsyaAllah Allah akan selalu mempermudahkan urusan kita.
    Jadi...senyummmmmlah selalu(",)

    ReplyDelete
  20. salam paknil.


    memang tak patut betul artis baru tu
    cakap macam gitu pada paknil..

    ish4..

    tapi lumrah hidup kan,
    baik pasangannya jahat/buruk.

    saya doakan yang terbaik untuk paknil!

    cayok cayok!

    ReplyDelete
  21. Apa salahnya yang tua dihurmati dan yang muda dihargai , biarlah kita hidup atas dasar saling hurmat menghurmati ,walau dimana pun kita berada jgn lupa rumput di bumi serta sentiasa berpijak di bumi nyata

    ReplyDelete
  22. mcm-mcm manusia nih....org baru nak naik camtuh lah.......baru nak rasa glamer....asek pandang ke langit jer...sampai lupa nak jejak tanah....'wat comes around, goes around'

    ReplyDelete
  23. salam,paknil...kami ni bukan pandai sgt mcm paknil tp sekadar mencontohi paknil ni mkn jd semangat pd kami untuk berjaya..kalu blh tu dpt kami berkongsi skt sebanyak untuk tak mudah putus asa.boleh?????

    ReplyDelete