SEBELAS JANUARI
ASSALAMUALAIKUM semua! 11 Januari merupakan hari pertama saya mula menulis pula dalam ruangan ini menggantikan Mawi yang sebelum ini diberi peluang bersama dengan pembaca setia Metro Ahad. Dalam kesibukkan waktu saya bekejar untuk rakaman rancangan tv, bangun awal pagi untuk ke konti radio ERA dan memenuhi undangan berceramah di sekolah-sekolah, saya selitkan juga coretan ini.
Mulai minggu ini saya akan berkongsi pendapat, pengalaman dan cerita yang saya lalui untuk pembaca semua agar anda semua dapat mengenali saya dengan lebih dekat lagi. Walaupun saya dah berkecimpung dalam bidang ini lebih 18 tahun namun ada yang mengenali saya hanya sebagai Aznil Hj Nawawi di kaca tv sahaja.
Tak sama sebenarnya apa yang anda tontonb dengan saya yang sebenar. Saya ni Nampak di kaca tv memang gila-gila dan suka bergurau tetapi anda Cuma Nampak 50 peratus sahaja daripada personality saya.
Yelah, tak kan lah saya nak tunjukkan sisi saya yang serius, sensitif, pemarah, cengeng, tension dalam rancangan-rancangan hiburan yang memerlukan saya berperwatakan ceria kan? Jadi, saya nak ambil peluang ini untuk memperkenalkan sisi saya yang sebenar melalui penulisan.
Saya sama juga seperti orang lain yang kadang-kadang terbawa-bawa masalah peribadi dalam perwatakan saya seharian. Kalau ada masalah, saya ni tak suka simpan lama-lama. Saya lebih gemar menyelesaikannya dengan segera. Yelah, saya tak mahu masalah itu menganggu tidur malam saya. Tidur malam memang amat penting buat saya. Jadi kalau dah terganggu, mood saya akan juga terganggu opada keesokan harinya. Lebih teruk jika ada rakaman. Susah nak dapat idea spontan bila otak tersekat. Itu sebab orang tengok saya ni happy aje sedangkan mereka tak tahu yang saya ni tak suka simpan masalah. Bagi saya, kalau gatal saya akan garu masa tu juga. Takkan nak tahan pulak kan?
Peminat-peminat pun bukannya kisah kalau saya ada masalah peribadi kan? Bila mereka jumpa saya tak kan nak tanya samada saya mempunyai masalah peribadi ketika mereka ingin bergambar dengan saya! Bila Nampak saya, tentu ada yang ingin berfoto. Saya pun tak kan nak bagi tahu dengan mereka yang saya takde mood nak bergambar sebab ada masalah peribadi. Senyum tetap senyum! Tandatangan otogrtaf tetap kena jugak. Sebagai manusia yang lemah, kadang-kadang ada jugak senyum kelat saya terpancar sehingga ada peminat yang perasan. Minta maaflah kalau macam tu. Tidak ada niat langsung dihati saya untuk kecilkan hati peminat saya sehingga ada yang tanya “Paknil marah ke?”. Tak marahlah tapi faham-fahamlah, saya macam anda jugak ada ketikanya tak dapat sorokkan gangguan emosi. Katanya!
Ada juga peminat yang tanya kenapa Paknil diluar tak sama dengan yang di dalam rancangan tontonan mereka. Diorang sebenarnya menunggu aje lontaran lawak dari mulut saya tapi hampa. Alahai, tak kanlah saya nak buat lawak 24 jam kot. Sebenarnya saya ni suka buat lawak untuk persembahan pentas dan depan orang yang mengenali saya secara peribadi sahaja. Bukanlah saya ni jual mahal tapi agak-agak lah jugak dengan tempat untuk bergurau kan. Bila jadi macam ni, dah mula pula keluar cerita yang Azni; sebenarnya sombong. Kalau macam ni susah lah saya. Lebih sukar bila saya ada bersama anak-anak atau family. Saya tentunya tak boleh nak luangkan masa lebih lama dengan mereka yang ingin berborak dengan saya. Tapi saya memang suka sangat orang menyapa saya! Serius! Datanglah pada saya untuk berjabat tangan atau bertukar senyuman.Saya seronok sangat disapa tapi sapa lah dengan baik. Jangan lah pulak terjerit-jerit Hoi! Hoi! Kalau macam tu, bukan saya aje, anda sendiri pun mungkin hot kan? Namun kadang-kadang saya termalu juga sendiri bila ada juga orang ramai yang mulanya memandang seperti mengenali saya. Bila saya senyum, mereka memalingkan muka ketempat lain atau tidak membalas senyuman.
Apa pula yang membuat Aznil marah? Sebenarnya, saya cukup tak gemar dengan golongan yang kurang ajar. Baik orang dewasa, remaja atau kanak-kanak. Ada jugak golongan dewasa yang mungkin ingin bergurau dengan saya tetapi pemilihan cara yang yang agak kurang sopan.Lebih sedih kalau ia dilakukan dihadapan kanak-kanak. Tak elok sangat jika kita dijadikan contoh dengan gaya bahasa dan aksi yang tak sesuai. Jangan marah kalau anak-anak lakukan perkara yang sama pada kita nanti kerana sangka ia tidak salah! Baru lah kena dengan muka kita masa itu. Kalau saya marah, telinga saya akan merah! Terasa sangat telinga saya jadi panas tapi saya akan cepat-cepat berhenti memberikan layanan. Saya akan bingkas meninggalkan tempat.
Tipu la kalau saya cakap saya tak pernah merasa kecil hati dengan segelintir peminat yang bercakap dengan cara yang tak sopan. Mungkin mereka ingatkan saya ni jenis ‘happy-go-lucky’ jadi boleh diperbudak-budakkan saya. Harus diingat saya dah 47 tahun dan mempunyai anak yang berusia 19 dan 14 tahun. Kadang-kadang ada yang seusia dengan ibubapa mereka. Tak manislah jika bercakap dengan saya seperti dengan rakan-rakan sebaya mereka. Kita kena ada fleksibiliti dalam cara kita bercakap mengikut usia orang di hadapan kita. Jangan main belasah je. Tapi saya anggap ini sebagai asam garam kehidupan untuk pekerjaan saya. Cuma kesian dengan anak-anak saya yang terperanjat bila mereka bersama saya ketika itu dan melihat orang bercakap cara yang janggal dengan Papa mereka!
Oh ya…satu hal lagi, saya ni memang jenis cengeng. Cepat tersentuh dan mudah menangis. Dari dulu lagi saya memang macam tu. Orang lain accident, saya yang mula bergenang airmata. Kadang-kadang tengok cerita sedih pun saya boleh menangis! Nak lebih hebat lagi? Kadang-kadang dengar lagu sedih pun saya boleh tersentuh.Itu sebabnya saya senang menitiskan airmata masa penyingkiran pelajar AF. Pada hal saya yang kawal skrip tetapi bila saya menggunakan nada yang sayu dan pemilihan perkataan yang menyentuh perasaan, rupa-rupanya perasaan saya dahulu yang tersentuh! Saya dulu yang menangis! Kelakar kan?
Dah panjang lebar saya perkenalkan diri saya dan diharap bermula minggu ini, ruangan saya ini akan menjadi pilihan pembaca akhbar No:1 ini.Banyak pengalaman, diari harian saya dan iisu semasa yang saya ingin kongsi pendapat dengan anda semua. Di samping itu, saya harap ruangan ini dapat merapatkan saya dengan penyokong saya dan yang tidak menggemari saya. InsyaALLAH.
Pada hari ini (11 Januari) juga, Mawi akan menaiki pelamin untuk majlis resepi (oops…resepsi lah) perkahwinannya dengan Ekin buat kali yanmg ketiga! Wah hebat betul anak jati Felda Taib Andak ni ya. Acara perkahwinan sampai 2 tahun! Dari tahun 2008 berlanjutan hingga 2009! Saya akan jadi tuan rumah bagi majlis yang dianjurkan ini dan saya akan melayan tetamu jemputan. Yelah, saya kan personality ASTRO, jadi kenalah jadi Bang Long dalam majlis yang akan disiarkan secara langsung di ASTRO Ria ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Mawi dan Ekin semoga mereka akan menjadi pasangan yang serasi hingga hujung nyawa. Buat Mawi dan Ekin, amati lagu 11 Januari dendangan kumpulan Gigi ini demi perkahwinan mereka!
Sebelas Januari Bertemu
Menjalani Kisah Cinta Ini
Naluri Berkata Engkaulah Milikku
Bahagia Selalu Dimiliki
Bertahun Menjalani Bersamamu
Ku nyatakan bahwa Engkaulah jiwaku
Akulah Penjagamu
Akulah Pelindungmu
Akulah Pendampingmu
Di setiap langkah-langkahmu
Pernahku Menyakiti Hatimu
Pernah kau melupakan janji ini
Semua Karena kita ini manusia
Akulah Penjagamu
Akulah Pelindungmu
Akulah Pendampingmu
Di setiap langkah-langkahmu
Kau bawa diriku
Kedalam hidupmu
Kau basuh diriku
Dengan rasa sayang
Senyummu juga sedihmu adalah Hidupku
Kau sentuh cintaku dengan lembut
Dengan sejuta warna
good
ReplyDeletesmoge bentuk ilmiah camni lg next
;)
wah artikel pertama ini. saya suka sebab ia mengingatkan kami peminat ini cara yg betul berinteraksi dengan paknil. yelah, kekadang terlebih excited jumpa, lain pula jadinya nanti
ReplyDeleteyeay ! jadi org pertama...
ReplyDeleteteruskan menulis ye pak nil..
Waaa... Rahsia PakNil sudah dibongkarkan. Hehe.. Teruskan menulis PakNil! =)
ReplyDeleteTq for the lirik.....tak pernah perasan pu;a tentang lagu ni...with such a nice lirik....and I was smiling while reading....that we have something in common....mudah tersentuh...menangis bila dengar org lain yg accident......dengar lirik lagu....haaaa...you are such an icon for my children....especially my little princess who is 11 years old now....boleh duduk depan Tv seharian menonton berkali2 rancangan2 you....Keep on writing...and just be yourself...keep well May Allah Bless You Always!!!
ReplyDelete11 januari <- tarikh lahir saya .
ReplyDeleteAssalammualaikum Uncle Aznil,
ReplyDeleteFirstly, saya nak ucapkan terima kasih kerana uncle sudi untuk memberi tahu peminat uncle, siapakah sebenarnya uncle di luar tv dan juga di luar radio. Secara tidak langsung, bila uncle berbuat demikian kami sebagai peminat uncle, insyaallah tidak akan mempunyai salah tanggapan pada uncle lagi. Terutama sekali mengatakan uncle, 'sombong.'
Walaupun saya hanya manusia biasa dan bukan artis, tetapi bila saya meminati seseorang artis itu, seperti saya meminati uncle, saya selalu beritahu diri saya, bahawa artis juga sama seperti manusia lain. Ada sifat marah dan ada sifat ingin menyendiri. Memang tidak dinafikan bila artis itu berada di atas pentas, di tv dan dihadapan peminat, mereka kelihatan begitu ceria seperti tidak ada masalah, tetapi sekembalinya mereka di rumah, kita tidak tahu apa yang mereka rasakan. Mungkin mereka merasa penat ataupun mereka ada masalah yang sedang mereka selesaikan. Artis bukan robot, mereka sama macam manusia biasa yang lain.
Tetapi sayangnya, bila artis itu ingin menjadi dirinya sendiri, ada yang mengatakan mereka sombong. Pada hal, itu tidak benar sama sekali. Macam yang uncle cakap, takkanlah 24 jam asyik nak buat jokes aja nanti tak pasal-pasal orang ingat kita gila pula. Hidup ni kena seimbang. Ada masa kita bergurau, ada masa kita serius dan ada masa kita berehat. It is impossible untuk kita membuat sesuatu itu selama 24 jam.
Saya yang bukan artis ni pun, ada masa dan ketikanya orang kata saya 'sombong' padahal, saya bukan jenis orang yang macam tu. Pelikkan dunia ni?
-Sofiah Sulaiman (Singapura)-
salam n good day..
ReplyDeletethanks to uncle aznil sebab bgtau tentang uncle di luar tv n radio..
actually..to me..saya x kisah kalau uncle tersenyum kelat or whatever..sbb kitakan manusia..x mustahil kita akan melakukan kesilapan or x memuaskan ati semua orang..
sal kes lawak 24jam tu plak..maybe org akan kata uncle memang sporting hbs kalau uncle asyik bt lawak 24jam..tp mana ada manusia yang boleh melakukan kerja 24jam kan..non stop..mustahil!!
saya rasa..uncle cukup baik ati sbb kalau peminat uncle nak bergambar or tandatangan uncle mesti beri..walaupun uncle bz or da prob or x da mood..demi peminat uncle..uncle snggp kan..tq uncle..
saya sangat kagum dengan uncle..coz walaupun bz anak2 uncle tetap diberi perhatian..sampai fifi berjaya smbng pljran di luar negara..syabas uncle..
semoga ALLAH merahmati dan memberkati uncle dan family..kami peminat2 uncle akan trs menyokong uncle sampai bila2..
peminatmu..dari kedah..
Borak Paknil yang pertama sekali :)
ReplyDeletejadi skrang saya dh tahu mcm mane nk behave kalau terjumpe dgn uncle Aznil :)
continue writing yea?
saya memang minat pak nil...dr dulu kini dan selamanya. saya akan terus mengikuti Borak Paknil hingga bila2 :-)
ReplyDeletesalam paknil...
ReplyDeletewah! dah ada blog khas untuk borak paknil nie, barulah best...
terima kasih paknil sebab sentiasa sudi memberi peluang peminat-peminat setia paknil menyuarakan pendapat...rasa terharu sebab pengacara No. 1 negara sudi mendengar pendapat kami semua...
sebenarnya, paknil pon manusia biasa juga...ada hati dan ada perasaan kan...tetap ada masa gembira, ada masa tak gembira,...so, sebagai peminat rasanya perlulah tahu dan faham keadaan paknil ya...
setakat yang saya pernah jumpa paknil, paknil tak sombong...kalau kite tegur, dia pasti akan senyum atau membalas teguran kite itu...nak bergambar dengan paknil...pasti tidak akan dihampakan walaupun waktu itu beliau sibuk ada kerja lain...
syabas paknil kerana berjaya mewujudkan blog ini...telah lama kami menunggu...
thanks paknil...
we love u paknil...
salam...
ReplyDeleteim waiting the moment pak nil dpt title Dato'... I think u deserve it...
Pertama kali saya ingin mengucapkan, terima kasih kepada uncle Aznil untuk memberitahu yang sebenernya Aznil Hj Nawawi... Saya gemar dan sedih membaca uncle punya cerita ini. Semoga uncle sehat dan bertemu dengan anak-anak uncle Aznil. Maaf ya, saya dah selesa panggil awak uncle Aznil... saya nk blang uncle yg negeri saya, Singapura... tk bnyk peminat uncle yg menonton racangan uncle... saya sudah tanya kawan-kawan saya yg lain... yg ada kata, tak suka menonton, ada kata merepek... Saya paham lah kawan-kawan saya nie yg ada tk minat menonton racangan uncle...anyway, saya harap saya akan bertemu dengan uncle untuk mengambil gambar sama-sama dan uncle signature skali dalam suatu hari nanti.
ReplyDeleteSaya pun ada sama seperti awak. Yg ada kata saya, saya ini orang baik, pendiam, friendly dan lain-lain. Memang saya friendly tetapi diorg semua tidak tau masaalah saya dengan kawan-kawan dan keluarga. Saya tak tau nak atao tidak nk luarkan feeling-feeling saya di blog saya.
Saya peminat uncle Aznil jgak.
Apa-apa pun, happy-happy selalu uncle Aznil...
Semoga bahagia... Amiin...
:)
Your peminat,
From Singapore.
Dulu kini dn selamanya..anda lh GURU sy..menulis lh selagi pena ada dakwat nya..
ReplyDelete( lirik yg sgt bermakna..bertuah sapa yg dpt lirik itu )
salan uncle:)
ReplyDeleteifa akan sntiasa ikot borak paknil ni:)
alwayz support uncle keyh..
maaf lagi skalik kalau ifa penah terkasar kata..
sayunkk uncle
As'kum
ReplyDeleteMaaf jika selama saya beri komen kat blog Uncle Aznil, saya cuma panggil Uncle dengan nama aja. Bukan saya nak kurang ajar dengan Uncle Aznil., saya sebenarnya sangat teruja pabila saya jumpa blog uncle aznil kat digi centre dan trus add uncle aznil.
Terima kasih kerana menegur kesilapan saya secara tidak langsung ini, saya juga menusia yang tak lepas dr buat kesilapan.
Saya memang meminati Uncle aznil sejak episod pertama rancangan Akademi Fantasia dan mengikuti rancangan macam-macam Aznil dan juga tom tom bak. Sekarang saya melanjutkan pelajaran di KL dan jauh dari rumah di Miri, Sarawak. Jadi, skunk nie bergantung dgn youtube je updatekan rancangan Uncle Aznil. huhukz.
Teruskan penulisan yea Uncle aznil.All da best and again, I'm so sorry. =) salam
Best..best..best..
ReplyDeletePaknil, boleh tak paknil masukkan segmen borak paknil yg dah lepas...
Ada 1 artikel sy tertinggal.. Ada paknil tulis ttg kenangan paknil bersama arwah ayah.. tlg paknil.. saya nak baca
TQ...
Kadang2 kite lupa yg sbnarnye semua org manusia biase.
ReplyDeletemgkin mreka cuma pk paknil sbagai penghibur n itu saje.
bile wujudnya blog ni, paknil ley lepaskn ape yg ade dlm hati.
biar mreka tahu. sedikit sebanyak mereka faham keadaan paknil yg sbnarnye. dan paknil juge dpt kurangkn beban di hati bila type blog cmni..
Ouh ya,umur paknil sebaya dgn parents saye. :)
Nak komen foto paknil kat atas tu 1st skali..hehehee..encem ar paknil neh mcm muka klasik gitu! Saya suka tengok bila paknil nangis2 kua airmata kt tv bila hati tsentuh. Bukan suka aper, suka sifat paknil tu yg mudah kesian pd orang...bagus sikap mcm tu. Kita ni jgn la terlalu pentingkn diri sgt kt atas muka bumi ni... Tp msih ramai manusia yg suka sikap kau-kau, aku-aku, kubur lain2.. h0hooh000...pentingkn diri btul!
ReplyDeleteAssalammualaikum Uncle Aznil,
ReplyDeleteSaya ada cadangan nak cadangkan pada uncle, manalah tahu kalau uncle sudi nak terima cadangan saya ini.
Memandangkan anak perempuan uncle, FiFi akan melanjutkan pelajaran beliau ke Australia tidak lama lagi, apa kata uncle kongsi dengan peminat uncle semua macam mana cara uncle mendidik anak-anak uncle sehinggi boleh berjaya seperti FiFi. Sebab dengan jadual kerja uncle yang tidak menentu, sudah semestinya sukar untuk uncle meluangkan banyak masa bersama anak-anak uncle.
Bila saya baca blog uncle dan mendapat tahu, bahawa beliau berjaya dalam bidang palajaran, ini seperti memberikan saya semangat untuk ikut berjaya juga sebab tidak semestinya apabila ibu bapa kita sibuk bekerja kita, anaka-anak tidak boleh berjaya. Sebab saya percaya pucuk panggkalnya diri kita sendiri.
Saya bukan sahaja meminati uncle tetapi dalam masa yang sama juga saya kagum sebab uncle berjaya mendidik anak-anak uncle sehingga mereka berjaya seperti sekarang ini. Ini bukan sesuatu kerja yang mudah.
Saya akan doakan semoga uncle, panjang umur, di murahkan rezeki dan sihat sentisa. Smile always uncle, jangan cepat marah nanti cepat tua :]
-Sofiah Sulaiman- (Singapira)
salam Paknil,
ReplyDeletesaja melawat blog Paknil yg ini utk membaca coretan pertama Paknil di dlmnya. Wah! Paknil buat entri pertama pd hari lahir saya - 29 nov.
teruskan menulis Paknil. saya sebenarnya, sentiasa mengikuti perkembangan blog Paknil, ada saja entri terbaharu, saya akan baca tp tak semestinya bagi komen.
apa pun, saya sgt seronok membaca blog Paknil & looking forward utk jumpa Paknil face-to-face. insyaAllah, adalah masa & ketikanya tu, kan Paknil?
utk kesekian kalinya - selamat maju jaya Paknil.
-kita hanya insan biasa, juga punya kekurangan & kelemahan-
salam...
saya harap paknil tabah dalam m'harungi dugaan hidup.
ReplyDeletesalam Pak Nil
ReplyDeletebagus2 ada borak2 pak nil
tarikh blog ni 2 disember sama pulak dgn tarikh lahir sy :)
ADHA
http://myadha.com
salam Pak NiL..
ReplyDeleteAt last dalam berblog walking ni saya terjumpa blog Pak NiL yang menarik minat saya untuk berlabuh pandang dan meneliti setiap aspek pengolahan ayat Pak NiL.
Betul tu Pak Nil..setiap orang juga perlukan ruang privasi sendiri tidak kira lah die seorang artis atau pun tidak kerana kita juga seorang manusia yang mempunyai hati dan perasaan serta mempunyai permasalahan sendiri. Whatever pun kan Pak NiL, NOBODY IS PERFECT, right?
Hurm,saya juga salah seorang peminat Pak Nil,if let say ade je muka Pak Nil di kaca TV,semestinya duduk saya tidak berganjak walau sikit pun.Dalam kantung pemikiran saya ini memang tidak pernah dapat bersua secara dekat ngan Pak Nil tetapi bila diingati semula bertahun2 yg dulu semasa menemani saudara didalam kereta dihadapan Straight Meridian Melaka, tertiba saya ternampak Pak NiL dan terus tangan saya menghayunkan lambaian kat Pak NiL sambil tersengih dari dalam kereta.Dan seingat saya juga dari kejauhan Pak Nil tetap membalas lambaian saya walau dari jauh. So, disini membuktikan pada pembaca sekalian..Pak Nil bukanlah seorang yang sombong.hehehehe..
Oklah Pak Nil, harapan saya semoga Pak Nil sentiasa maju kehadapan, berbahagia disamping orang2 tersayang dan berjaya hendaknya didunia serta diakhirat.aminn..
Regards,
Maisarah Ahmad
salam perkenalan kpd Pak Nil..
ReplyDeletesy peminat Pak Nil..sy suka sgt rancangan Macm-Maca Aznil..sy harap ia akan bertahan...semoga Pak nil sentiasa maju dan berbahagia disamping insan2 tersayang...aminnnn....
salam paknil..
ReplyDeleteu"re the best!!