18 January, 2010

MENJUNJUNG KASIH TUANKU!

Ampun Tuanku. Patek ingin merafak sembah untuk Menjunjung Kasih atas pengurniaan Bintang Kebesaran Johan Mahkota Wilayah yang merupakan Darjah Yang Mulia Mahkota Wilayah Pangkat Keempat kepada patek sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2 Februari yang lalu oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapakan jutaan terima kasih buat YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan juga YB Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Raffique atas pencalonan nama saya bagi kurniaan bintang itu.

Alhamdulillah rezeki pengiktirafan ini merupakan petanda bahawa kerja-kerja dan pencapaian Paknil turut dipantau oleh pihak kerajaan.Selama ini, Paknil fikirkan orang akan mengambil mudah akan kerjaya sebagai pengacara dan juga penggiat di bidang penyiaran ini.Tak pernah pula Paknil fikirkan bahawa kerja Paknil akan diiktiraf dan diangkat begini rupa sejak Paknil buat keputusan untuk bergiat secara aktif di dalam bidang penyiaran.

Memang Paknil agak keliru sendiri bila masa Paknil harus membuat keputusan 19 tahun yang lalu untuk memilih ke bidang ini.Yelah, Paknil kan berkelulusan ekonomi dan bila terjebak ke bidang penyiaran sedikit sebanyak rasa rugilah tidak mempraktikkan apa yang Paknil pelajari di UM suatu ketika dulu.

Rupanya rezeki Paknil memang di sini dan sekejapan Paknil jatuh cinta dengan bidang yang Paknil baru ceburi ini ketika itu.Atas rasa cinta pada tugas inilah Paknil tidak pernah rasa penat dan terlintas untuk mengubah haluan kerjaya.Sedari awal Paknil sudah merasakan inilah tempat Paknil dan Alhamdulillah, sepanjang perjalanan kerjaya Paknil di bidang ni, tidak pernah sekali pun Paknil rasa menyesal.

Bermula sebagai wartawan siaran di TV3 Paknil terus mencari ilmu seolah bekerja sambil belajar di stesen tv swasta pertama Negara ini. Tak pernah kenal apa itu hujung minggu. Tak pernah tahu apa itu balik awal. Janji kerja kena selesaikan dan tak boleh sambung esok! Itulah resam Paknil bekerja. Paknil akan selesaikan kerja hari ini jugak. Menyimpan kerja sampai besok, maknanya membusut lah lagi tanggungjawab yang menanti. Suhaimi Sulaiman, Fuad Rahman, Zalina Azman, Wee Yu Li, Noraini, Khatijah Buyong, antara kawan sekerja yang banyak membimbing terutama di bilik berita TV3. Terima kasih semua.

Sekejap betul waktu berjalan. Dari Fifi (anak sulong Paknil) berusia 1 tahun, kini dah 19 tahun, begitu jugalah usia penglibatan Paknil dalam bidang penyiaran.Suka atau tidak, AZWAN Ali adalah rakan baik Paknil masa mula-mula Paknil melibatkan diri dalam bidang yang penuh glamor ini. Dia yang banyak memperkenalkan Paknil akan asam garam dunia hiburan suatu ketika dulu.

Yang hak tetap hak. Yang bathil tetap bathil.Apa yang berlaku pada hubungan baik ini biarlah ia menjadi rahsia kami. Paknil mahu terus bergerak ke depan tanpa mahu menoleh lagi. Paknil rasa Azwan pun macam tu jugak. Paknil tak perlu menjawab lagi soalan mengenai ini dan tidak akan terbakar juga jika direnjis minyak. InsyaALLAH.

Banyak pengalaman yang Paknil kutip di sepanjang jalan kerjaya Paknil. Dihina, dicerca, diketawakan, diperlekehkan dan diambil ringan tetapi tentunya diseimbangkan dengan yang manis. Diiktiraf, diangkat, dijulang, dipuji dan dihargai.Paknil berdoa agar pujian manis itu tidak akan menjadi racun yang bisa akhirnya. Biarlah kesudahan episod kerjaya Paknil disudahi dengan babak-babak yang indah sahaja. Itulah doa Paknil.

Menjelang November tahun ini pun Paknil dah memanjat ke usia 47 tahun. Banyak lagi yang Paknil nak sumbangkan pada tempat tumpah darah Paknil.Mungkin tak seberapa yang boleh Paknil lakukan tetapi Paknil tetap ingin memberi.Terbaru pada Disember tahun lalu, di majlis penganugerahan Anugerah TV Asia, Paknil telah tersenarai antara pengacara pilihan juri untuk memenangi Anugerah Pengacara Hiburan Terbaik Asia! Alhamdulillah dan bersyukur sangat atas pemberian Nya. Tak pernah terlintas rupanya boleh berdiri sama tinggi dengan yang lain di pentas Asia.

Terima kasih kepada ASTRO tempat Paknil bernaung kerana mencalonkan Paknil untuk kategori itu melalui rancangan Jangan Lupa Lirik. Sekali lagi jawapan Paknil (mungkin dianggap klise), Paknil masa buat rancangan itu hanya inginkan yang terbaik untuk penonton Paknil bukan untuk juri anugerah.Ini semua bonus dalam kerja Paknil.

Namun bagi Paknil, bonus paling utama ialah apabila kerja kita mendapat keberkatanNya. Mendapat perhatian ramai. Dan menerima sokongan tak berbelah bagi dari keluarga tersayang. Paknil tebalkan saja telinga pada komen-komen negatif di laman forum mencerca internet dari sesetengah pihak yang mempersoalkan kredibiliti dan kemampuan Paknil apabila dianugerahkan darjah bintang kebesaran.

Kita ukur baju di badan sendiri. Dan kadang-kadang tukang ukurnya adalah orang lain. Orang lain itu pulak biarlah orang yang arif. Siapalah Paknil nak memperlekehkan kerja orang dan begitu juga harap jangan lah memperlekehkan kerja dan tanggungjawab Paknil. Bagi Paknil kata-kata negatif itu juga adalah vitamin yang Paknil telan untuk terus bertahan.Paknil telan saja kutukan pahit mereka sebab bila difikirkan balik, penawar racun pun pahit!

Namun Paknil cuma harap mereka yang mencerca Paknil janganlah sampai mengaibkan keluarga Paknil. Satu-satunya yang Paknil tidak akan gadaikan untuk kejayaan Paknil. Seperti mana yang Paknil pernah katakan sebelum ini, perasaan mereka Paknil dahulukan. Itu sahaja permintaan Paknil. Sebagaimana ada manisnya dalam perjalanan kerjaya Paknil begitu juga ada manisnya dalam kenangan kehidupan Paknil sebagai anak jati Kuala Lumpur.

Dilahirkan dan dibesarkan di No: 22. Lorong Keramat Dalam 3, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Bersekolah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Jalan Raja Muda, Sekolah Menengah Jalan Temerloh dan di Sekolah Tinggi Setapak, Kuala Lumpur. Juga mendapat pendidikan di Fakulti Ekonomi Universiti Malaya juga di Kuala Lumpur.

Dari jalan tanah merah di depan rumah Paknil suatu ketika dulu dan kini berjiran dengan Menara Berkembar Kuala Lumpur. Paknil akan terus tersenyum dan mengelamun mengenangkan kembali zaman kanak-kanak dan remaja Paknil sebagai warga kota asal. Izinkan Paknil menyebut antara nama-nama yang menghiasi zaman cerita sejarah kenangan Paknil – Uli, Noin, Ayot, Tinat, Bobok, Apek, Ani Gedek, Nani, Ros, Charlie, Cha’ar, Kodin, Didu, Bro, Mi Goreng, Puyu, Gedik, Toyol, Wak Bari, Lek Yem, Wak Jarmin, Makcik Melati, Kak Enon, Abang Rahim, Nenek Jara, Chin, Syawal, Ano dan ramai lagi!

Mereka juga adalah antara nama yang akan Paknil terus semat tanda dan bukti Paknil tak akan pernah lupa asal usul Paknil. Angkatlah setinggi mana sekali pun. Sanjunglah sehebat dunia mana sekali pun! Di lorong kecil dan di kampong tengah kota itulah sebenarnya si polan ini mula berasal.

Tidak akan mampu kemuncak populariti, kecanggihan teknologi, darjah kebesaran, anugerah kemenangan, pangkat dan darjat yang dapat menukar wa’ima melupuskan fakta sejarah bahawa Aznil Haji Nawawi a.k.a Anil a.k.a Konel adalah anak jati Kuala Lumpur! Wasalam.

14 comments:

  1. tahniah uncle aznil... keep ur gud work again and again and again k? im very proud of u... -e.m.i.e from kuching, sarawak-

    ReplyDelete
  2. tahniah uncle aznil...saya sangat sangat sangat minat dengan uncle...love u much!!!

    ReplyDelete
  3. ANAK PUNAI ANAK MERBAH
    TERBANG TURUN BUAT SARANG
    KAMPUNG HALAMAN PUN BERUBAH
    HARAP2 TIDAK HATI ORANG...
    SENTIASA LAH DI KENANG...

    ReplyDelete
  4. congrats pak nil! :) u did a good job here...

    ReplyDelete
  5. salam paknil.

    saya cukup bangga dengan paknil, idola anak-anak sekarang. :)

    p/s: tolong kekalkan size font kali ini. mudah dibaca berbanding sebelumnya. terima kasih

    ReplyDelete
  6. sekalung tahniah atas kejayaan paknil...
    pengiktirafan atas usaha penat lelah paknil selama ini... semoga lebih berjaya dan cemerlang... :)

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah..
    tahniah pak nil..
    smoge akn trus success n bjaye..
    keep it up!!
    dont give up ea...
    bia la ape org nk kate...bukn dieorng yg menilai baik k buruk..yg menilai sume nyer adalah Dia...
    truskn usaha pak nil...

    ReplyDelete
  8. syukran....itulah yang terbaik sambil kita memanjangkan doa kesyukuran kehadrat Ilahi...kita juga anak KL, belajar & bekerja & masih lagi bertatih mencari,mendengar & melihat untuk mengenal erti kata hidup yang sebenar...

    ReplyDelete
  9. Pak Nil selayaknya menerima pengiktirafan itu, sebut je nama pak nil, sapa tak kenal dari yg kecik sampai tua bertongkat, semua dok kenal..apa2 pun moga pak nil diberi kekuatan untuk menempuh hari2 mendatang....Pak Nil bolehhh!!!!

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum PakNil,

    Semoga Allah swt memberkati setiap pekerjaan yg PakNil lakukan selagi ianya di jalan yg benar. Insyaallah..

    p/s: anak perempuan saya berumur 2 tahun, anak lelaki saya pula 11 bulan. dua2 minat PakNil di TV..mesti menari2 kalau dgr lagu tom2bak atau mcm2 aznil :)

    ReplyDelete
  11. Tahniah PakNil...
    X sabar nk jmpe 7Mac nie di UUM... :)

    ReplyDelete
  12. Salam Khamis.

    WAHAI Haji PakNil yang Prihatin lagi BudiMan serta Versatile. (Bro: aik, ko ni Dude memandai je bubuh title Haji tu, ko tau ke PakNil ni dah gie Haji ke blum?) [Dude: Entahla Bro, aku pun tak tau PakNil dah gie Haji ke blum. Kalo dah ALHAMDULILLAAH, kalo blum mudah-mudahan bakal tu, Insya'ALLAH, DOA ni Bro. Lagi pun belambak gak orang yg dah naik Haji ni depa saja takmau bubuh title Haji tu, jadi lagu mana hangpa semua nak tau?]

    Alhamdulillaah, Syukur dengan penganugerahan darjah kebesaran yang diperolehi.

    Salam Tahniah hamba hulurkan.

    Idamkan Darjah Kebesaran Dari Manusia,
    Dambakan Juga Rahmat Dari Tuhan,
    Agar Anugerah Tidak Menjadi Sia-Sia,
    Bahkan Sentiasa Kekal Menjadi Ingatan.

    *This Poem Are General to All Human, Not Personal To Owner Of This Blog.

    Salam Muhklis.

    ReplyDelete